FAQ

1.Apa dia baju sejuk ni ?

Baju sejuk ini merupakan sepasang baju dan seluar asas yang perlu di pakai sebagai lapisan pertama ( selepas pakaian dalam ) sebelum anda memakai lapisan pakaian yang lain .

 

2. Bila baju sejuk ni perlu di pakai ?

Baju sejuk ini perlu di pakai ketika anda travel di negara yang bersuhu rendah atau lebih tepat ketika musim sejuk.

 

3. Kenapa perlu pakai baju sejuk ?

Suhu yang rendah dan kering ketika musim sejuk boleh menyebabkan ketidakselesaan untuk anda berjalan -jalan. Pada ketika itu juga pori-pori terbuka dengan lebih luas yang boleh menyebabkan  kulit rasa gatal-gatal. sakit tekak, selsema , batuk atau demam.Baju sejuk ini berupaya membantu mengekalkan suhu badan kerana materialnya khas untuk cuaca sejuk.

 

4.Berapa lapis baju perlu di pakai ketika musim sejuk ?

Gunakan konsep ‘ layer by layer ‘ . Untuk musim sejuk adalah sangat di cadangkan supaya memakai sekurang-kurangnya 4 lapisan baju mengikut turutan yang betul supaya anda benar-benar selesa . Lapisan yang di cadangkan adalah seperti turutan di bawah :

Lapisan 1 > baju sejuk  ( merangkap haba badan )

Lapisan 2 >baju biasa  ( biasanya tshirt cotton untuk menyerap peluh )

Lapisan 3 > sweater   ( mengekalkan haba )

Lapisan 4 > winter jacket ( melindung badan dari hujan dan angin )

 

5.Perlukah saya memakai baju sejuk asas ini ketika musim bunga atau musim luruh?

Tidak kira samada musim sejuk, musim bunga dan juga musim luruh baju sejuk perlu di pakai mengikut tahap suhu, lokasi percutian anda dan juga ketahanan badan masing-masing.

Secara amnya waktu peralihan dari musim sejuk ke musim bunga dan dari musim panas ke musim luruh juga anda di cadangkan memakai satu set baju ini kerana suhu ketika itu masih sangat rendah.

Kebiasaannya ketika waktu  peralihan ini cuaca selalu berangin dan hujan yang menyebabkan suhu lebih sejuk dari bacaan suhu yang sebenar.

 

6.Adakah saya perlu memakai pakaian yang tebal ketika musim sejuk ?

Ia bergantung pada ketahanan badan masing-masing . Bagaimanapun memakai setiap lapisan dengan pakaian yang tebal mungkin akan menyebabkan anda kurang selesa untuk bergerak.Sebaiknya jika anda telah memakai sweater yang tebal atau dari jenis wool yang sangat berkesan untuk mengekalkan suhu badan, anda boleh memakai winter jaket yang lebih nipis atau ringan.

 

7. Adakah boleh saya memakai baju sejuk ini dan hanya memakai jaket tebal ketika musim sejuk?

Sekali lagi jika anda tersilap material dan tidak memakai pakaian musim sejuk dengan cara yang betul, anda akan tetap rasa tidak selesa. Gunakan konsep ‘ layer by layer ‘ seperti yang di cadangkan di atas . Hanya tambah lapisan mengikut kesesuaian suhu ketika berada di luar.

 

8. Apa material baju sejuk ini ?

Fabrik baju sejuk di perbuat dari campuran cotton, spandex dan modal . Ia tidak terlalu tebal dan tidak juga nipis. Bahagian luar ia kelihatan seperti fabrik korean lycra sementara bahagian dalam di lapisi dengan kain fleece yang banyak di gunakan untuk baju sweater atau baju panas.

 

9. Bolehkah saya memakai baju cotton menggantikan baju sejuk?

Baju berasaskan cotton tidak di galakkan di pakai kerana sifat cotton adalah penyejuk. Baju cotton bagus di pakai sebagai lapisan kedua iaitu selepas memakai baju sejuk asas ini.

 

10. Kenapa saiz yang di cadangkan adalah lebih besar dari saiz baju yang biasa saya pakai?

Baju sejuk perempuan ini kami import dari luar negara. Cutting baju memang kecil seperti Korean size. Frame atau rangka badan rakyat Malaysia tidak sama dengan rangka badan rakyat negara lain.Oleh itu saiz baju ini telah kami ambil kira mengikut saiz badan yang lebih tepat untuk rakyat Malaysia. Contohnya saiz paling kecil untuk rakyat Malaysia yang kebiasaannya memakai baju saiz S adalah dengan mengambil baju sejuk saiz XL.

 

11. Bolehkah saya menukar baju yang di beli jika ia terlalu ketat atau terlalu longgar ?

Boleh. Hubungi kami secepat mungkin melalui talipon 0111- 872- 9342 atau borang hubungi di menu laman web ini untuk kami membantu anda mendapat saiz yang lebih tepat.

 

12. Berapa suhu dan ketahanan baju sejuk ini ?

Setakat ini baju ini telah di pakai ramai pelanggan kami sehingga suhu sehingga – 5 celcius. Bagaimanapun pemakaian baju sejuk juga bergantung pada ketahanan badan, cara memakai pakaian musim sejuk yang betul serta ‘real feel ‘ lokasi percutian anda.

Ambil maklum bahawa suhu dan keadaan suhu di sesebuah negara tidak sama. Ada negara bermusim sejuk yang sentiasa hujan dan ada yang sentiasa berangin. Ada negara mengalami suhu sejuk yang ekstrim dan ada yang lebih sederhana. Sentiasa bawa sekurang-kurangnya satu atau 2 pasang baju sejuk asas supaya anda dapat meneruskan percutian dengan lancar dan selesa.

Memakai tambahan seluar musim sejuk ( leg warmer )  ketika suhu rendah dan berangin adalah lebih bagus kerana kaki lebih terdedah berbanding badan kita yang lebih banyak memakai lapisan baju.

 

13. Apa yang di maksudkan dengan ‘ real feel’ seperti yang saya baca di laman web ramalan cuaca ?

‘ Real feel ‘ adalah suatu situasi yang mana bacaan  suhu sejuk sebenar tidak sama dengan rasa sejuk yang sepatutnya. Bacaan suhu mungkin 5 celcius tetapi rasa sejuk ketika itu mungkin seperti -1 celcius iaitu lebih sejuk dari kebiasaan.

Real feel ini di pengaruhi oleh beberapa faktor seperti cahaya dan tiupan angin yang menyebabkan bacaan suhu tidak sama seperti rasa suhu yang sebenar. Anda boleh merujuk kepada laman web ramalan cuaca seperti accuweather.com sebelum ke luar negara.

 

14. Adakah apa – apa lagi yang perlu saya bawa atau di cadangkan ketika musim sejuk?

Mengikut pengalaman kami, sentiasa bersedia adalah lebih baik dari menjangkakan sesuatu di luar kawalan kita.

Suhu sentiasa berubah dan ramalan cuaca adalah ramalan sahaja. Over prepared adalah lebih baik dari under prepared . Utamakan keselesaan kerana anda telah pun mengeluarkan wang yang banyak untuk bercuti.

Untuk lebih selesa bawalah bersama aksesori musim sejuk yang lain seperti topi dan muffler kerana ketika suhu bertambah rendah aksesori ini mungkin bertukar menjadi keperluan anda ketika itu.